Dokumen untuk daftar aplikasi ehailing Grab, Indrive, Maxim dan Airasia

Pendaftaran sebagai pemandu ehailing seperti Grab, Indrive, Maxim dan Airasia memerlukan pematuhan kepada syarat dokumen ehailing yang telah di tetapkan oleh APAD. Tiada app ehailing terkecuali dan ada sesetengah app yang mengingkari arahan APAD ni. Tetapi secara keseluruhannya, aplikasi ehailing (EHO) mematuhi syarat dokumen pendaftaran aplikasi ehailing masing-masing.

Apakah syarat dokumen untuk mendaftar driver ehailing? Syarat dokumen pendaftaran adalah sama untuk semua app dan kami akan senaraikan dokumen untuk mendaftar pemandu ehailing di bawah. Baka-bakal pemandu perlu mengeluarkan kos untuk menyedia dokumen-dokumen ini kerana ada dokumen yang pasti pemandu baru belum ada.

Dokumen untuk daftar aplikasi ehailing

Apakah dokumen yang diperlukan untuk mendaftar pemandi ehailing?

Lesen Public Service Vehicle (PSV)

Lesen psv adalah perkara penting untuk pendaftaran pemandu ehailing. Kos untuk membuat lesen psv sekitar rm200. Lesen psv boleh di buat di sekolah memandu berdekatan dan juga boleh di buat dengan pemilik aplikasi ehailing masing-masing. Kos untuk mendapatkan lesen psv melalui EHO masing-masing adalah lebih murah.



Lesen psv perlu diperbaharui setiap tahun seperti lesen memandu.

Ehailing insuran

Kereta yang di gunakan untuk ehailing mesti mempunyai tambahan insuran ehailing untuk memberikan perlindungan kepada pemandu dan penumpang.

Ini adalah kos terbesar pemandu ehailing kerana untuk menambah insuran ehailing kepada insuran kereta memerlukan tambahan kos 40 ke 50% daripada insuran kereta sedia ada.




Cara untuk dapatkan insuran ialah dengan melalui ejen insuran kereta anda (tidak boleh melalui ejen lain) kecuali jika anda hendak renew lesen dengan ejen lain, masukkan sekali insuran ehailing. Di dalam insuran kereta anda akan tertulis perkataan ' ehailing ' atau ' private hire car '.

Tidak semua syarikat insuran menjual insuran ehailing.

Lain-lain dokumen

Lain-lain dokumen adalah seperti gambar ic, lesen memandu, geran kereta, gambar kereta dan selfie. Biasanya dokumen-dokumen ini ada dalam simpan pemandu.



Bakal pemandu ehailing perlu menyediakan dokumen yang jelas sekiranya hendak mendapatkan pendaftaran pemandu ehailing yang lancar.


Comments

Popular

Cara buat lesen PSV Grab dan Mycar

Cara Daftar Pemandu Lalamove Ride App Online