Cara daftar aplikasi MyRide sebagai pemandu

Myride Malaysia telah melancarkan aplikasi ehailing dan sedang mendaftar pemandu aplikasi Myride secara percuma untuk semua pemandu yang mempunyai lesen psv dan insuran ehailing. Pendaftaran pemandu Myride dilihat berjaya mendapat sambutan pada awalnya tetapi merudum setelah 2 bulan beroperasi.



Syarat daftar app myride dan juga dokumen daftar aplikasi myride sudah tentu sama dengan aplikasi yang lain seperti untuk pendaftaran Indrive dan aplikasi Maxim kerana syarat dokumen dan syarat kereta ehailing ini telah di tetapkan oleh APAD. Jadi semua aplikasi kenalah ikut.

Cara daftar aplikasi MyRide sebagai pemandu

Cara untuk mendaftar pemandu Myride ni mudah sahaja. Download aplikasi Myride dan isi maklumat di dalam aplikasi myride. Cuma pengaktifan lambat sedikit berbanding dengan pendaftaran Indrive dan Maxim. Pemandu kena bersabar. Job pun belum banyak buat masa ini.

Perlu ke subscribe plan Myride?

Buat masa ini, pihak kami tidak mengalakkan anda subscribe plan myride kerana job sangat sedikit di mana sesetengah tempat job myride hampir tiada. Jadi jika subscribe plan myride, pemandu hanya membayar kepada myride dengan harapan dapat pulangan balik.

Kami jangkan, sistem subscribe plan ni akan di tukar ke sistem komisen apabila job semakin meningkat dan kami berharap bilangan job myride akan meningkat dengan segera.


Comments

Popular

Cara buat lesen PSV Grab dan Mycar

Dokumen untuk daftar aplikasi ehailing Grab, Indrive, Maxim dan Airasia

Cara Daftar Pemandu Lalamove Ride App Online