Home » , » Kenapa Grab takut kemunculan Mycar ?

Kenapa Grab takut kemunculan Mycar ?

Grab memang telah berjaya kerana berjaya menundukkan Uber. Rata-rata pemandu Uber join grab sebagai driver grab kerana Grab adalah ehailing terbesar di malaysia.

Tetapi kemunculan Mycar tepat pada masanya kerana dengan ketiadaan Uber, pemandu uber dan grab akan daftar sebagai pemandu mycar sebagai alternatif kepada Grab. ramai driver yang mendakwa mereka memerlukan pilihan kedua kerana tak mahu Grab memonopoli khidmat ehailing di Malaysia. Ada betulkah ni?

Kenapa Grab takut kemunculan Mycar


Kalau grab monopoli, apa yang akan berlaku? Mari kita huraikan kemungkinan yang ditakuti oleh driver dan rider grab

grab driver registration


1] Harga mungkin naik mendadak - kerana tiada persaingan yang kuat seperti Uber. Sebelum ini grab kena berjaga-jaga untuk menaikkan harga tambang kerana takut rider lagi ke uber yang harganya lebih murah jika dalam keadaan trafik biasa.

2] Sistem referral di hapuskan - kerana grab berpendapat jika nak jadi pemandu Grab, bakal driver boleh mendaftar di kiosk atau hq grab. Tak perlu tergesa-gesa untuk tawan hati bakal driver kerana persaingan iaitu uber telah tiada.

3] Alpha mungkin akan berkubur - sebelum ni alpha driver banyak membantu grab untuk mendaftar driver grab seluruh Malaysia.

4] Insentif untuk driver akan berkurangan - boleh juga akan berlaku sebab grab nak jimatkan kos atau meningkat keuntungan setelah bergabung dengan uber.

5] Grab berhenti ambil driver baru - lokasi seperti Langkawi dan Perlis kecil dan tak memerlukan driver yang ramai.

Itu antara kemungkinan yang di bual di kalangan driver grab. Harab grab boleh berbuat sesuatu dengan mengambil kira pendapat para driver juga.
Thanks for reading Kenapa Grab takut kemunculan Mycar ?

« Sebelum
« Prev Post
Oldest

0 comments:

Post a Comment